"Bina Sendiri (Do.It.Yourself) Laman Web
Gaya Korporat & Profesional Untuk
Syarikat , Jabatan Atau
Pelanggan Anda!"
Meneroka Peluang Perniagaan Baru
- Binakan Laman Web 'Pelanggan' Anda Dengan Joomla! Dalam
Masa Yang Singkat, Jimat Kos
Dan Sungguh Profesional!
Daripada Meja Komputer:
Zaki
Yusof (B.Sc. (Hons) Comp. Sc.
UTM) Tarikh: Per:
Bina Laman Web Profesional
Dengan Sumber PERCUMA!
Salam sejahtera sahabatku,
Pernahkah anda mendengar nama Joomla?
Sebut betul-betul... Jumla.
Dan ditulis sebagai Joomla!
(perhatikan betul-betul... ada tanda seruan di hujungnya. Tanda tersebut juga
adalah sebahagian daripada 'trademark'nya)
Joomla! ialah sebuah aplikasi sistem yang dikategorikan sebagai
CMS.
Apa itu CMS?
CMS adalah ringkasan perkataan Content Management System
(Sistem Kandungan Pengurusan).
CMS merupakan sebuah aplikasi perisian yang
memantau setiap bahagian kandungan di dalam laman web anda seperti dokumen, teks, foto, muzik, video atau apa sahaja yang
anda fikirkan sesuai untuk dimasukkan ke dalam laman web anda.
Antara kelebihan utama menggunakan CMS ialah pengguna tidak memerlukan
kemahiran teknikal yang tinggi atau kemahiran pengaturcaraan (programming)
kerana aplikasi CMS ini yang menguruskannya untuk
anda!
Banyak aplikasi CMS yang ada di dunia seperti Drupal, Mambo, PHP-Nuke,
Xoops, Geeklog dan lain-lain lagi. Namun Joomla! adalah antara yang paling popular
penggunaannya berbanding yang lain.
Ciri-ciri sebuah laman web CMS:
Reka Bentuk atau Theme:
Anda boleh memiliha mana-mana rekabentuk (Theme) piawai mengikut
citarasa anda. Ia tidak akan menjejaskan kandungan sedia ada di dalamnya. Ini
membolehkan laman web anda kelihatan profesional dengan hanya beberapa
klik sahaja.
Kandungan Yang Mudah Disunting: Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat
penyuntingan (What You See Is What You Get = WYSIWYG) yang membolehkan kandungan disunting
seperti menggunakan Word Processor. Ini dapat memudahkan kerja-kerja
penyuntingan.
Modul dan Panel: Kebanyakan CMS mempunyai modul dan panel yang boleh
diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan mudah. Ia dapat memperluaskan fungsi sesebuah laman web.
Peningkatan Web: CMS
boleh dikemaskini dengan versi terbaru tanpa perlu mengubah kandungan
selaras dengan perkembangan pembangunan semasa CMS oleh komuniti.
Pengurusan Dokumen: Perisian CMS sentiasa membolehkan
pengdokumentasian berlaku samada untuk capaian pengguna mahupun
pentadbir sistem (Administrator).
Tahukah anda?...
Banyak syarikat dan organisasi di dunia memilih CMS Joomla!
sebagai laman web mereka. Ini kerana kelebihan Joomla! yang memang
sangat praktikal dan mudah diselenggara untuk sesebuah laman web dinamik @
portal @ korporat berbanding
aplikasi CMS lain.
Sekadar menyenaraikan beberapa organisasi sahaja. Anda boleh melihat senarai pengguna Joomla!
yang lain berdasarkan jenis organisasi, anda
boleh klik di sini.
Di Malaysia...
Penggunaan Joomla! boleh dikatakan masih
belum terlalu popular. Namun, sedarkah anda kebanyakan jabatan dan organisasi kerajaan
menggunakan Joomla! sebagai laman web Jabatan / Kementerian mereka.
Laman web
tersebut berfungsi sebagai sebuah portal yang mengandungi
berbagai fungsi seperti pendaftaran ahli, forum, video, dokumen, memuat
turun dokumen, borang dan
sebagainya. Inilah kemampuan Joomla! yang memang tidak dapat disangkal lagi.
Nampaknya banyak jabatan / kementerian kerajaan di Malaysia lebih
sukakan Joomla!. Anda tentu boleh mengagak sebabnya? Ya... kerana ianya
PERCUMA! Namun percuma bukan tiada kualiti.
Anda boleh lihat dan nilaikan sendiri kualiti laman web Joomla! di
bawah ini.
Senarai laman web yang dibangunkan menggunakan Joomla!:
Memang terbukti keupayaan
Joomla sangat mengagumkan selepas anda melayari laman web di atas kan! Anda
setuju?
Ohhh... ingat ya!... Joomla! adalah
barang PERCUMA! Sesiapa pun boleh memilikinya. Termasuk diri anda
sendiri. Adakah anda menjangkakan barang percuma boleh menghasilkan
keupayaan seperti ini?
Sesuai dengan kemampuannya, ada di antara laman web tersebut
telah diubahsuai (customize) mengikut citarasa organisasi atau
syarikat tersebut. Pengubahsuaian tersebut boleh dilakukan menggunakan
extension tertentu.
Inilah kelebihan Joomla! Dimana banyak modul dan extension boleh digunakan.
Modul dan extension ini boleh didapati di dalam komuniti Joomla! juga secara PERCUMA!.
Mengapa Mereka
Memilih Joomla!? Antara Sebabnya...
Joomla
boleh dimiliki secara percuma.
Pemasangannya mudah
berbanding jika perlu membinanya sendiri.
Laman web
bersifat dinamik (bukan statik seperti laman web html)
Laman web
boleh dikemaskini secara online.
Laman web
boleh diubahsuai atau customize mengikut citarasa anda.
Laman web
mudah diurus. Boleh diurus walau bukan kakitangan IT.
Laman web
boleh diintegrasi dengan berbagai modul / plugin yang canggih.
Banyak
modul / plugin boleh didapati secara percuma.
Sejarah Ringkas Joomla!
Nama "Joomla" diambil daripada perkataan bahasa Swahili (iaitu
bahasa satu kaum di Afrika). Maksud Joomla! ialah "mari bersama-sama" atau "secara
keseluruhannya".
Kebetulannya pula maksud Joom ini sama seperti bahasa
Melayu ya! Apa maknanya tu ya? Bak kata Nabil.. "lu pikir la
sendiri!" Adakah kita berasal daripada keturunan Afrika juga? atau
maksud ini kebetulan sahaja? ...
Akhirnya nama Joomla ini dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek
berkenaan yang mempunyai ceritanya tersendiri mengenai sumber terbuka dan
CMS.
Begini cerita ringkasnya...
Joomla sebenarnya adalah keluaran penjenamaan semula CMS bernama Mambo 4.5.2.3 yang
dikeluarkan oleh syarikat Miro Corporation dari Australia. Sepanjang
penggunaan Mambo, ianya memang popular dan menerima beberapa pengiktirafan
sebagai CMS sumber terbuka (open source) terbaik di dunia.
Pada tahun 2005
berlaku pertelingkahan berhubung isu 'sumber terbuka' di
antara komuniti Mambo (ketika itu) dan Miro Corporation.
Akibat daripada keadaan itu, komuniti Mambo (yang tidak berpuashati
dengan isu tersebut dan beberapa perkara lain) telah menubuhkan
satu badan bukan keuntungan lain 'non-profit organization'
yang dinamakan Open Source Matters (OSM). Dan mereka telah
mengeluarkan satu aplikasi yang sama seperti Mambo tetapi dinamakan Joomla!
Maka dengan itu
Joomla! adalah di bawah milik kumpulan OSM.
Keluaran pertama Joomla ialah Joomla! versi 1.0 pada 16 September
2005.
Ternyata dari segi popularitinya, Joomla! lebih popular dan digemari
penggunaannya berbanding
Mambo sejak ianya mula diperkenalkan hinggalah
sekarang. Ini kerana Joomla mempunyai komuniti yang aktif dan besar berbanding Mambo.
Komuniti ini sentiasa menyumbang sesuatu yang baru untuk pembangunan Joomla!
itu sendiri.
Joomla! 1.5
Joomla! 1.5 adalah versi yang terbaru menggantikan Joomla 1.0.
Versi keluaran akan datang ialah Joomla! 1.6 namun ramai yang masih dalam
peringkat 'tunggu' dan 'lihat' kerana versi ini mungkin masih belum terlalu
dipercayai buat masa ini atau dipanggl versi beta (percubaan).
Tahukah anda Joomla! 1.5 sebenarnya adalah kod yang ditulis semula
menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5 dan pangkalan data MySQL (ianya juga sumber
terbuka yang boleh didapati dengan PERCUMA!).
Namun, menggunakan Joomla! tidak memerlukan anda menulis semula sebarang kod-kod
pengaturcaraan kerana ianya telah lengkap dengan modul yang siap dipasang
dan boleh terus digunakan secara 'plug' & 'play'. Memang mudah
untuk membina sebuah laman web profesional dengan Joomla!
Kini Anda Boleh Membina Laman Web
D.I.Y
Anda Dengan Joomla! 1.5
Oleh kerana Joomla! boleh dimiliki secara percuma, maka sesiapa sahaja boleh
menggunakannya. Tidak kira samada individu ataupun syarikat. Saya memang sangat menggalakkan anda menggunakan Joomla!1.5
jika anda bercadang untuk membina laman web profesional anda atau syarikat
anda sendiri.
Ataupun jika anda menawarkan servis membangunkan laman web syarikat atau
individu yang mementingkan ciri-ciri profesional dan korporat. Maka Joomla!
1.5 adalah pilihan yang tepat!
Dengan menggunakan Joomla! laman web anda nampak sangat profesional tetapi
tanpa memerlukan sebarang kos! iaitu PERCUMA (melainkan anda
hanya perlu membeli domain & hosting sahaja supaya laman web anda boleh dicapai di
Internet nanti...) Kini banyak syarikat hosting menawarkan pakej domain &
hosting yang murah dan menarik yang juga mengandungi perisian Joomla! 1.5
bersama di dalamnya.
Sekiranya anda inginkan kemudahan ini, anda boleh membeli hosting jenis
Linux yang mempunyai kemudahan CPanel.
Antara keupayaan
Joomla! yang boleh
digunakan untuk pembangunan pelbagai jenis laman web:
Laman Web Korporat
Portal Komuniti
Web Aplikasi Kerajaan
Majalah atau Suratkhabar Online
Laman
Web Perniagaan
E-commerce dan sistem tempahan online
Laman Web keluarga atau individu
Pelbagai lagi laman web mengikut kehendak anda!
Oleh yang demikian Joomla! boleh digunakan untuk pelbagai jenis tujuan samada untuk korporat atau syarikat, persatuan, portal, peribadi, e-dagang
(e-commerce) yang dilengkapi shopping cart dan sebagainya seperti
di atas.
Kini Anda Boleh Memasang Sendiri
Joomla! 1.5 Yang Profesional Dan Jimatkan
Ribuan Kos
Daripada Membayar Upah Kepada Pihak Luar!
Objektif Kursus:
Mendedahkan potensi sebenar sumber
terbuka CMS Joomla! 1.5 yang boleh digunakan sebagai sebuah laman web @
portal korporat atau organisasi.
Menunjukkan secara teori dan DIY (do it
yourself) atau
praktikal pemasangan Joomla! 1.5 sehingga menjadi sebuah laman web dan
boleh dikemaskini sendiri tanpa perlu mengupah webmaster.
Menggalakkan organisasi menggunakan
sumber terbuka yang terbaik untuk syarikat mereka agar dapat menjimatkan
kos tetapi tidak menjejaskan kualitinya.
Siapa Patut
Hadir?
Individu awam yang ingin mempelajari
Joomla! 1.5 dengan cara yang betul.
Individu yang ingin menjadikan dirinya 'freelancer' dan boleh
menawarkan servis pemasangan laman web profesional Joomla! 1.5
kepada pihak yang berminat.
Organisasi yang ingin mendalami Joomla! 1.5 dan menjadikan
pembinaan laman web Joomla! 1.5 sebagai satu bidang baru dalam
perniagaannya.
Kakitangan ICT / bukan ICT syarikat atau Jabatan Kerajaan yang
bercadang untuk membangunkan laman web syarikat yang profesional
secara dalaman (in-house).
Pembuat keputusan sesebuah syarikat yang ingin melihat kemampuan
Joomla! 1.5 untuk sebarang projek
yang berkaitan.
Kakitangan ICT / bukan ICT syarikat atau Jabatan Kerajaan yang
telah mempunyai laman web Joomla! 1.0 atau 1.5 tetapi tidak tahu
menguruskannya.
Pra-Syarat Sebelum
Hadir
Untuk memastikan kursus ini dapat dijalankan dengan
lancar, maka pra-syarat berikut sebaiknya dimiliki oleh bakal peserta:
Biasa dan selalu menggunakan Internet.
Mahir menggunakan mouse, keyboard dan penggunaan
pindah / salin fail.
Tidak Wajib - kelebihan mempunyai asas membina laman
web dan lain-lain adalah bonus untuk memudahkan lagi pemahaman.
Jadual &
Silibus Kursus
Jadual Kursus
2 Hari
07.30 - 08.00am: Pendaftaran (hari
pertama sahaja). 08.00 - 11.00am: Kelas
11.00 - 11.20am: Rehat minda 11.20 -
01.00pm: Kelas 01.00 - 02.00pm:
Rehat & solat. 02.00 - 04.30pm:
Kelas
04.30pm: Tamat Kelas
Jadual ini adalah khas untuk
bulan puasa sahaja.
*Masa di antara program di atas boleh berubah
bergantung kepada keadaan semasa kelas dan pengajar. Masa
bermula kelas adalah tepat tanpa menunggu sesiapa pun yang
belum hadir. Ini bagi menghormati peserta yang datang tepat
pada waktunya.
Silibus Kursus
Hari Pertama
1) Pengenalan
Kepada CMS Joomla! 2) Kelebihan Laman Web berasaskan CMS
Joomla! 3) Perbezaan Laman Web Dinamik berbanding Laman
Web Statik 4) Pemasangan (Installation) WebServer 5)
Pemasangan (Installation) CMS Joomla! 6) Memahami
Ruangan dan Posisi Kandungan Laman Web CMS Joomla!
7) Ruangan Pentadbiran Web CMS Joomla! (Administration)
8) Panduan Fungsi-fungsi Pentadbiran CMS Joomla! 9)
Menguruskan Kandungan (Sections, Categories, dan Articles)
10) Menguruskan Halaman Utama (Front Page Manager) 11)
Menguruskan Gambar-gambar (Media Manager) 12) Menguruskan
Menu (Menu Manager) 13) Menukar Bahasa Utama Halaman Web
(Language Manager) 14) Menguruskan Pengguna (Users)
15) Konfigurasi/Seting Asas Laman Web (Configuration)
Hari Kedua
1) Menguruskan
Ruangan Hiper-Rangkai (Web Links) 2) Menguruskan Ruangan
Pengiklanan Banner (Banners) 3) Menguruskan Borang
Hubungi Kami (Contact) 4) Enjin Pencari 5) Pengurusan
Modul (Modules) 6) Pengurusan Komponen (Components) 7)
Pengurusan (Plugins) 8) Pengurusan dan Pemasangan Modul,
Plugin dan Komponen Tambahan 9) Komponen Tambahan Backup
& Restore 10) Komponen Galeri Gambar 11) Menambah Kandungan
dalam format Audio & Video 12) Pengurusan Menu Tambahan
13) Asas Keselamatan (Security) untuk Laman Web CMS Joomla!
14) Search Engine Friendly(SEF) & Search Engine Optimisation
(SEO) 15) Memasang Laman Web Joomla! Di Internet.
Bilik training sebenar yang luas dan selesa.
Skrin besar. Komputer notebook berserta
mouse.
Memudahkan pembelajaran.
Ruang makan / rehat yang selesa.
Pusat Training serba lengkap
dengan kemudahan latihan.
Bilik latihan, tempat makan, surau, lif,
tandas lelaki & wanita berasingan.
Selesa, luas dan
bersih. Pusat Training ini adalah milik sendiri.
Bila Dan Dimana Kursus Ini?
Tempat
JomTraining Center 2 (JTC2), (JomTraining.com) LiveWEBS
Network & Technology Sdn. Bhd. 47-1, Jalan OP 1/2, 1
Puchong Business Park, 47160 Puchong, Selangor.
MALAYSIA.
8.00am - 4.30pm
(bulan puasa kelas dimulakan awal, balik pun
awal)
Bahasa
Melayu
Penyertaan
Terhad untuk 20 orang
pertama sahaja! Penyertaan dibuka sekarang...
lihat di bawah.
Kemudahan Kursus
• Komputer,
Nota kursus (dalam BM), CD,
makan dan minum
disediakan (bulan puasa tiada makan & minum).
• Surau disediakan.
• Anda datang bawa diri
sahaja!
• Sijil penyertaan diberikan selepas
tamat kursus.
• Parking
banyak dan percuma
di depan JomTraining.
• Penginapan
tidak disediakan.
Yuran
kursus sila semak di bawah...
Sekiranya Anda Memerlukan
Tempat Penginapan, Terdapat
Beberapa Hotel Yang Berdekatan
Kedua-dua hotel ini hanya
100m sahaja jaraknya ke Jom Training Center 2. Oleh itu anda
boleh berjalan kaki sahaja...
Pilihan #1 -
disyorkan Hotel Sun Inns
Hotel baru dibuka pada 2009. Harga paling rendah: RM85 / malam Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada disediakan. Tempahan
/ Pertanyaan Hotel: 03-8076 5636 www.SunInnHotel.com
Pilihan #2 - Pilihan
Hotel
Classical Boutique
Hotel baru dibuka pada 2009. Harga paling rendah: RM119 / malam Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada disediakan. Tempahan
/ Pertanyaan Hotel:
03-8075 0360 | 012-6561 181
Kursus Joomla! 1.5 Paling Murah &
Berkualiti.
Anda akan belajar Joomla!
daripada orang yang sememangnya arif tentang Joomla! Cara kerja yang
mementingkan kualiti dan mutu.
Lihatlah beberapa contoh laman web yang dibangunkan dengan Joomla! 1.5
untuk beberapa syarikat di bawah ini:
DCL
(Syarikat MLM)
Excel
Training (Dr. Mohd Fadzilah Kamsah)
Jabatan Perangancangan Bandar &
Desa Negeri Selangor
Sepang
Aircraft Engineering Sdn. Bhd.
D'NAVECHEE Sdn. Bhd.
Sesuai dengan standard kepakaran dan pengalaman pembangunan laman
web Joomla! yang dimiliki, kursus seperti ini memang layak diadakan
untuk anda.
Apapun sebaiknya yuran yang dikenakan mestilah setimpal dengan
kepakaran yang dimiliki. Bak kata orang, servis hotel 3 bintang tentu
tak sama dengan hotel 5 bintang!
Kebiasaannya kursus Joomla! 1.5
seperti ini akan mengenakan yuran yang tinggi. Jika anda semak harga di
luar sana, harga standard yuran kursus profesional seperti ini adalah sekitar
RM1000 - RM1,200 untuk tempoh 2
hari kursus.
Oh!... anda mungkin akan berjumpa dengan
yuran kursus Joomla! yang lebih rendah.Tetapi AWAS!... anda perlu lihat
pada modulnya dan berapa hari ianya dijalankan.
Daripada pengalaman saya dalam bidang
ICT seperti ini, sebenarnya kursus Joomla! untuk tempoh
1 hari tidak mencukupi.
Anda tiada cukup masa untuk memahami dan mencuba sendiri kecanggihan
Joomla! kerana ia melibatkan banyak perkara-perkara yang agak teknikal
berserta masa yang singkat dan anda perlu mencuba sendiri bersama-sama
dengan kaedah yang akan ditunjukkan.
Tetapi untuk kursus ini saya akan
mengadakannya
selama 2 hari! dan
100% praktikal!
Namun,
keinginan utama saya di sini ialah biarlah kadar yuran
yang sangat minima supaya lebih ramai orang perseorangan atau organisasi
mengenali dan menggunakan Joomla! Itu sudah cukup menggembirakan saya.
Tambahan pula training center ini adalah milik saya sendiri. Jadi banyak kos
yang boleh dijimatkan untuk mengadakan kursus seperti ini.
Kini
dengan sukacitanya saya akan memberi harga potongan istimewa. Biasanya
yuran standard untuk kursus Joomla! 2 hari adalah sekitar RM1,000 -
RM1,200. Ini adalah kadar standard harga pasaran.
Namun kini yuran kursus ini cuma
RM1,000RM600 sahaja! (ingat
kursus ini adalah 2 hari dan 100% Praktikal.
Anda jimat RM500 - RM600 untuk kursus ini!). Salah
satu sebab saya dapat beri potongan harga istimewa ini ialah training
center ini adalah milik saya sendiri.
Tak perlulah saya menyewa kemudahan training lagi.
UTM •
Institut Sultan Iskandar • Majlis Perubatan Malaysia • Pusat
Zakat Melaka • Majlis Sukan Negeri Selangor • Yayasan Takmir
Pendidikan ABIM • Kejora Technology Resources • Satang Group
Sdn. Bhd. • Telekom Smart School • Consortium Telecom (M) Sdn.
Bhd. • Matrix Busines Consulting Sdn. Bhd. • Pengasih •
UNIKL MFI • dan banyak lagi... termasuk individu-individu yang
sangat meminati Joomla!
Kursus Ini Terbuka Kepada Umum Dan
Organisasi
<<
Download Brosur Kursus >> (Anda boleh download brosur di atas untuk
kemudahan membuat permohonan kepada jabatan/organisasi anda)
Tempah Tempat Anda Sekarang!
Sebelum Potongan Harga Istimewa
Ini Ditamatkan.
Info Penting:
Untuk penyertaan disahkan, anda perlu membuat bayaran
penuh terlebih dahulu sebelum hari kursus. Kami memohon maaf atas
syarat ini. Bermakna tiada lagi
pendaftaran tanpa bayaran.
Ini disebabkan ada peserta tidak
hadir pada hari kursus sedangkan persediaan lengkap telah dilakukan.
Oleh itu ia merupakan satu pembaziran.
Penyertaan terhad!
20 orang sahaja. Masih ada
kekosongan.Tinggal5 orang
lagi!
~ Cara Bayaran & Potongan Lagi! ~ (Semak harga terbaru
di bawah. Anda tak akan PERCAYA!)
Langkah 1: Buat Bayaran
YA!
Zaki,
saya akan hadir ke Kursus Web Joomla! 1.5 yang anda
anjurkan. Saya
ingin merebut peluang dengan tawaran harga
promosi istimewa
ini sekarang.
Untuk bayaran melalui LO, caj tambahan 25% dikenakan.
Jumlah: RM621 sahaja!
No. Pendaftaran MOF: 357-02153388
Nama Syarikat:
LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.
No. akaun Maybank:
562777207375
Nota:
Sila bawa borang pesanan
LO dari jabatan pada @ sebelum hari kursus.Tanpa borang tersebut, kami mungkin tidak
dapat mengesahkan tempat anda sebagai peserta.
P.S. Laman web yang
profesional sangat penting bagi
sesebuah perniagaan atau organisasi. Ia menggambarkan imej dan identiti
syarikat. Ia juga
akan meningkatkan kepercayaan
pelanggan. Oleh itu, Joomla! 1.5 adalah pilihan terbaik
malahan 100% percuma pula untuk anda miliki.
P.P.S. Daftarkan diri anda sekarang
sebelum potongan harga istimewa RM600RM497
sahaja ini
ditamatkan tanpa notis dan bila-bila masa
sahaja. Anda tak akan jumpa yuran kursus
dengan harga yang rendah dan kualiti terbaik seperti ini dimana-mana. Buat bayaran sekarang.
Selepas ini, yuran mungkin akan dinaikkan lagi.
Klik di sini.